Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tampines

Tampines
  • Cina:淡滨尼集选区/Dànbīnní Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Tampines Group Representation Constituency
    Tamil:தெம்பனிஸ் குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Tempaṉis Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTimur Singapura
Pengundi151,708
Kawasan undi semasa
Dibentuk1988 (1988)
Kerusi5
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranTampines
Ditubuhkan dariKawasan Undi Perseorangan Changkat dan Kawasan Undi Perseorangan Tampines

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tampines ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan di Singapura yang diwakili oleh lima orang Anggota Parlimen (AP). GRC ini merangkumi Tampines dengan lima bahagian yang bernama Tampines Timur, Tampines Barat, Tampines Tengah, Tampines Utara dan Tampines Changkat. Batas-batas kawasan undi di GRC ini tidak pernah berubah sedari pilihan raya umum Singapura 2001 sehingga pilihan raya umum Singapura 2020, yakni apabila bahagian-bahagian di kawasan undi ini diubah semula untuk memasukkan sebahagian taman retail Tampines yang sempat masuk ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pasir Ris-Punggol. Kawasan undi ini selalu dipertandingkan di setiap pilihan rayanya kecuali di tahun 1997, tahun apabila Parti Perpaduan Nasional dianggap sebagai calon yang disqualified. Di tahun 2001 dan 2006, Perikatan Demokratik Singapura menantang Parti Tindakan Rakyat kerana SDA pernah bergabung dengan Parti Perpaduan Nasional hingga 2007.

Kawasan undi ini dikuasai oleh menteri untuk urusan-urusan ugama Islam, yakni Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad bersama dengan Dr Koh Poh Koon yang pernah menjadi pejabat di Kementerian Kesihatan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne